Monday, November 5, 2012

Lastly


Yeah I'm alreday finishing my study tapi bukan semua subjek. Otak aku dah sarat sangat hafal paper untuk esok, Pengajian Am. Bayangkan satu buku teks tu aku nak hafal. Omg mati aku macam ni. Takde lah sebelum ni aku dah buat latihan dah jawab soalan subjek tu. Tapi saja aku mengerdik nak refresh balik dengan menghafal satu buku. Aku suka cari penyakit wakakakah xD now dah tension sangat last-last aku buka laptop update blog. Buka Twitter satgi sampai esok agaknya tweet je kerja. Lulz~

By the way esok weh esok weh. Gugur jantung aku macam ni. Esok STPM sem 1 T__T diri ni memang dah bersedia tapi bukan keseluruhan. Ya allah takutnya nak masuk bilik peperiksaan. Beratur pastu duduk ikut nombor angka giliran. Dengar pengawas peperiksaan bercakap lagi blabla suruh itu suruh ini. Dapat kertas peperiksaan..oh no jantung mula dup dap dup dap macam ambil SPM pula aku ni. Hahaha eh tak-tak aku STPM. SPM dah berlalu go go away and away. Haih pening aku jadinya.

Isnin; Pengajian Am -> 8.00 a.m - 10.00 a.m
Rabu; Bahasa Melayu -> 8.00 - 10.00 a.m
Pengajian Perniagaan -> 2.30 p.m - 4.00 p.m
Khamis; Ekonomi -> 2.30 p.m - 4.30 p.m

Alang-alang aku dah ada kat sini aku nak minta maaf kat korang yang membe aku yang duk baca blog aku ni. Aku nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki andai kata aku tersalah kata, terngumpat, tersinggung perasaan korang, termarah dan ter apa lagi lah. Banyak sangat ter haa. Maaf banyak-banyak dan halalkan makan minum aku semua. Oraight? Hehehew. And wish you guys goodluck for tomorrow and also to SPM candidates. Do the best! Baca doa bebanyak supaya hati tu sentiasa tenang bila nak jawab soalan :)


Argh cuak dah mula dah ni -_- tangan mulai sejuk pasai duk buka air cond kahkah. Kdah cukup sampai disini je. Nak sambung study Pengajian Am sikit. Lagipun dia bagi aku 20 minit nak update entry. Kedekut nak mati 20 minit je? K fine haha :p saya tau awak rindu saya. Hahaha *muntah pelangi* Jangan marah pula. Kiddin je. Eh? Ok dah sudah dah sudah. Melalut karang aku jadinya. Pray for me tomorrow. 4 hari 4 paper. Hikss kbai.

No comments: