Friday, June 7, 2013

Holiday Part 2

Sambungan dari Holiday Part 1. Kali ni jalan-jalan pergi Terengganu pula. 3 hari 2 malam kat sana. Pergi tengah hari sampai lewat malam. Seksanya pergi sana. Dengan aku yang mabuknya dengan jalan macam ular kena palunya. First and last mungkin aku jejak sana. Kalau jodoh aku orang ganu orang kelantan mungkin aku akan bebel tak henti-henti bila nak balik rumah pak mak mentua. Tapi aku nak orang kfc. Nanti boleh promote meal baru kat orang tak pun dapat discount makan kfc kahkah ._.

Kelantan. On my way to Terengganu.

Hai kami dah sampai ganu. Smile.

Tempat kami menginap.

Second day. Parking bertingkat. Amazing right? First time aku jumpa haha.

Muzium Terengganu. Muzium yang terbesar di asia. Memang luas berdouble gila.

Pintu masuk utama. Bangunan ni je yang aku mampu masuk. Tak larat nak sambung pergi bangunan lain. 

Tengoklah betapa luasnya. Ada 30 lokasi. Haa haa.

Dalam muzium mmg tak dapat lah nak bergambar. So aku jelah yang mampu kahkah.

Next station; Taman Tamadun Islam. Tempat yang aku paling suka.

Model tak berbayar hahahaha.

Dalam tu ada Masjid Kristal. Memang lawa sangat. Masjid ni dah jadi tempat pelancongan pula.

Belakang tu Taman Monumen. So dalam dia ada monumen dari serata dunia.

Naik buggy. Tak larat dah nak round sekeliling taman tu.

Great Mosque of Samarra, Iraq. Salah satu keunikannya ialah Menara Berpusing.

Great Mosque of Agadez, Niger. Istimewa masjid ni dia diperbuat dari tanah. Piramid tu pula ada 13 perencah kayu for kukuhkan struktur dia.

Kalyan Minarer, Uzbekistan. Menara yang diperbuat drpd bata yang dibakar.

Berlatar belakangkan monumen Taj Mahal, Agra India. 

Kecik-kecik dah pandai posing. Besar-besar?

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia. Di mana masjid ini mampu memuatkan 4 juta jemaah.

Xian Mosque, China. 

Seni khat by Abdulrazzak Mamod dari Syria.

Tempat pertama seni khat karya logam.

Jangan main-main seni khat karya kayu 1M pun ada tau haha.

Karya Adnan Syeikh Osman dari Syria.

With Husna and Nabila.

Tanah dan pasir dari tanah suci Mekah.

Perubahan pembinaan Masjid al-Haram.

Beloved mom haha.

Dah masuk Taman Tamadun Islam try lah aiskrim ni. Lemak berkrim gitu. Tapi dia cepat cair.

Jalan malam ambil udara segar. 

Third day. At Pasar Besar Kedai Payang. Beli itu beli ini.

Then, makan jap kat Keropok Lekor Bukit Tok Beng. Siap ada angka giliran lagi tu.

Dapur pemprosesan keropok lekor tok beng.

Pantai Batu Burok Terengganu.

Juga memberi perkhidmatan kereta kuda.

With Luqman.

Sweet couple again wkwkwk.

Pantang nampak kamera suka sangat berposing -_-

Singgah kat tepi jalan nak beli sata. Campuran ikan and rasa dia pedas. Tak tau nak describe macam
 mana sebab aku tak makan benda pelik.

Fourth day. At Kertih on my way to Ipoh. Sempat ambil gambar kilang petronas. Kiri kanan kilang dia.

Yang atas tu sentiasa keluarkan api bakar bahan apa tah.

Tamat. Habis. Selesai sudah percutian aku. Dengan demam loya rasa nak muntah bagai. Ergh aku ni tak boleh dibawa berjalan betul -_- 2 minggu ni duk berjalan je kerja. Rasa riuk patah tulang kaki aku dibuatnya. Buku satu apa pun tak buka tak sentuh. Lepas ni kembali balik rutin harian aku. Jarang update blog. Isnin ni dah masuk sem 3 dah. Kerja pbs lagi bertambah banyak. 3 subjek pula tu buatnya. Soalan pun macam tough sikit. Entah dapat buat ke tak. Haih hmp. Lagi 6 bulan je tinggal. Sem 3 please be nice to me. Ok bai till we meet again.

2 comments:

Unknown said...

orang kfc???mksud ko yg rmbut n misai putih 2 ek heehhe

Bobo Dawson said...

hahaha tampo kang apiz