Friday, December 14, 2012

#MasaSayaBudakDulu


1. #MasaSayaBudakDulu suka kejar anak ayam kat kampung guna penyapu lidi. Lepas tu pukul-pukul dia dengan muka innocent dengan mak ayamnya entah hilang ke mana.

2. #MasaSayaBudakDulu pernah jatuh tangga dari atas sampai ke bawah tergolek-golek bak hang. Ini bukan tangga biasa ini tangga kampung yang tinggi dan berkayu. 

3. #MasaSayaBudakDulu bila tengok cerita superhero atau ada iklan pasal something kat tv mesti bergaduh dengan adik sebab semua pakat serbu tv. "Aku cop ni aku cop ni. Ni aku punya"

4. #MasaSayaBudakDulu bangun awal mandi awal sebab nak kejar cerita kartun Hey! Arnold sambil makan cekodok panas. Kartun ni tiptop dulu woi. Sekarang dah takde dah. Cewdih :(

5. #MasaSayaBudakDulu taktau ubat kapsul macam mana rupa. Bentuk pun taktau. Then, ada orang bagi katanya coklat. So aku buka aku makan. Pahit -_- bongok betul budak tu.

6. #MasaSayaBudakDulu ada crush. Kelas sama pulak tu. Duduk pun sebelah menyebelah. Itupun cikgu yang tetapkan. Eh tau saja kan perasaan saya cikgu. Hahaha.

7. #MasaSayaBudakDulu bila tengok cerita hantu wajib ada orang sebelah. Tangan pegang bantal nak tutup mata. Tapi sekarang siap duduk depan lagi. Still spare something nak tutup mata.

8. #MasaSayaBudakDulu kalau mesin basuh tengah berpusing dalam kepala otak mesti fikir kemungkinan ada kepala orang dalam tu. Pengaruh novel hantu punya pasal. 

9. #MasaSayaBudakDulu aku suka masukkan bola dalam baju and bagitau kat orang lain yang aku mengandung. Lagi besar bola tu lagi aku suka. Sambil belai bola tu. Kahkahkah gila.

10. #MasaSayaBudakDulu bila balik kampung waktu malam selalu tengok kat luar yang bulan dengan bintang ikut aku. Maybe dia suka aku kot. Then, umi bagitau bumi berputar that's why lah.

11. #MasaSayaBudakDulu balik kampung je main kahwin-kahwin kat rumah atas. Line dah clear takde orang apa lagi. Aku jadi suami dia jadi isteri. K tak nak fikir lagi dah. Seram.

12. #MasaSayaBudakDulu aku suka duduk depan kipas, tekan volume maximum then menjerit sekuat yang mungkin aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak jerit nyanyi. Sedap betul suara aku kalah Mikeal Jaksun. Ekeke.

13. #MasaSayaBudakDulu pernah terjatuh dalam kolah mandi kat rumah lama. Kepala kat bawah kaki kat atas. Nasib umi perasan aku hilang ke mana. Kalau tak dah lama aku arwah.

14. #MasaSayaBudakDulu tiap-tiap malam sebelum tidur suruh umi picitkan kaki. Selagi aku tak tidur selagi tulah tak boleh berhenti. Bukan sakit apa. Saja menggerdik. Ahaks.

15. #MasaSayaBudakDulu tak kenal apa itu internet. Apa itu Myspace and so on. Kenal pun waktu Form 4 rasanya lah. Lame betul memang buta IT betul. Now adik aku 3 tahun pun dah pandai buka laptop.

16. #MasaSayaBudakDulu percaya dengan toothfairy, magic bagai. Pernah test letak gigi bawah bantal ingat keesokan pagi gigi tu tukar jadi syiling. Tapi ternyata tak. Muka cewdih. Buang gigi tu.

17. #MasaSayaBudakDulu suka bazir kertas dengan adik yang lain nak buat duit syiling palsu. Ambil duit syiling pastu tekap kat kertas pastu colour warna-warni. Gunting and buat business. Kahkahkah.

18. #MasaSayaBudakDulu pukul 7 malam setiap hari Sabtu mesti dah tercongok kat depan gara-gara nak tengok cerita Sinchan dengan Doraemon. Mandi pun awal nak ngejar haa. Favourite tu.

19. #MasaSayaBudakDulu main masak-masak dengan adik. Kalau itu garam, gula atau serbuk aku gantikan dengan bedak. Haha same what? Penuh dengan bedak sampai kena bebel dengan umi ayah.

20. #MasaSayaBudakDulu . . . . . . . . . .






muka saya . . . . .



























cenggini (Y)





comel kan aku? Hahahaha kenyataan aku memang comel pun. Kecik comel apatah dah besar berganda comelnya. Kahkahkah muntah darah dibuatnya.

By the way hashtag #MasaSayaBudakDulu yang aku curi kat Twitter buat aku ngimbau balik kenangan zaman kanak-kanak aku dulu. Time guwa budak dulu, guwa ganas bak hang semua benda nak buat. Maklumlah time tu aku rapat dengan adik lelaki aku yang kat atas tu haa. Yang adik no 3 kecik lagi tak boleh dibuat geng, mengamuk umi aku ekeke. Sekarang dah besar panjang, umur pun nak cecah 19 tahun depan. Wah boleh kahwin dah ni kahkahkah. Umi nak kahwin umi, calon dah ada lagipun umi kenal dia. Hehe I malu *tutup muka* Bak kata orang kahwin awal dapat mengelakkan maksiat. Tak tipu. Bukan gatal. Dah sudah. Kbai.

3 comments:

abelxheer said...

hahahaha .gerdik nya awak . kehkeh .masa saya budak dulu saya tak pernah kapel . kehkeh

Bobo Dawson said...

hahahaha saya pun tak pernah juga. main kahwin je yg mampu. kahkah

abelxheer said...

puihhh