Friday, August 2, 2013

Kembali

Agak lama aku menyepikan diri kini aku kembali. Ye aku kembali. Tiada mimpi disini. Ini kenyataan sila gosok mata kalian dan buka seluas-luasnya. Lihatlah dunia lihatlah aku. Sudah berapa bulan berapa hari aku tidak mempraktiskan tangan ini menaip entry yang entah hape aku merepek. Yang pasti blog aku dikunjungi oleh peminat dari serata dunia. Betulkah? Ini propa semuanya kahkah. Secara jujur aku kata aku takde masa nak update blog ni tapi tetiba pula hati terdetik meronta bagai nak update juga. Saja nak menghasut gua ah. Sebab rindu mungkin? Hmmmp.

Setiap bulan aku tak pernah miss update blog. Tak kira lah satu ke dua entry tapi untuk bulan tu confirm ada. Well last month aku mensibukkan diri dengan kerja pbs ala assignment gitu. Atas kerja kursus bawah sikit dari assignment. Sebelum ni aku ada bagitau kan untuk sem 3 ada 3 kerja pbs kena buat. Nasib baik lah pbs bm cikgu bermurah hati suruh hantar lepas raya. Kurang sikit beban aku. Bayangkan pbs pengajian perniagaan dengan pbs ekonomi aku buat dalam sebulan -_- pbs pp kena buat kajian lapangan mean kena keluar merata-rata nak cari maklumat. Ekonomi pula guna khidmat pak Google je hehehe.

Pbs pp kena kaji pasal organisasi awam atau swasta. Aku ambil Popular sebab dekat kat rumah aku so senang nak pergi balik. Excited sangat sebab dah buat temu janji bagai harapan itulah aku nak kaji. Esok punya esok hari aku rasa macam tak kena je dengan organisasi ni. REJECT! Ada sebab kenapa aku reject. Kepala gila buntu bak hang fikir apa nak kaji -_- Tukar kepada kerajaan pulak. Banyak sangat suggestion dari ayah aku. Lastly jalan mudah aku ambil MBI and buat appointment. Tempat pula jauh dekat pekan. Takpe lah berkorban demi pbs yang tercinta ni. Tak buat kang failed paper aku tu.

Alhamdulillah jabatan yang aku pilih tu bagi kerjasama. Sporting je dorang, boleh masuk ayor semuanya kahkah. Time aku nak bagi borang soal selidik kat pekerja deme tak percaya aku ni Form 6. Serius sedih bagai nak sentap jiwa aku doh T_T lantak lah asalkan borang aku tu berjawab. Baru aku sedar kajian lapangan ni buat aku berdikari. Dari A sampai Z aku buat sendiri. Jumpa orang atasan tanpa orang tengah. Selalu aku suruh umi aku je sebab aku tak tau apa wakakah. Nak harapkan umi memang tak lah tolong just bagi step by step apa nak buat. Umpama katak di bawah tempurung gua rasa.

Habis pp gua buat ekonomi pula. Dateline nak dekat tapi satu apa tak gerak juga. Even sifunya ada kat rumah tak membantu aku langsung sebab kepala hampir nak meletup gara-gara tak tidur malam nak siapkan benda alah ni. Kerja last minit punya pasal kan haa padan muka. Apa benda tak boleh nak masuk. Kerja asyik nak marah orang je. Biasalah dah stress tahap gaban semua kerja tak kena. Now lega habis ah dah hantar ahaks. Tinggal bm je nak buat. Cuti raya ni akan ku manfaatkan sehabis mungkin dengan TIDUR. Gua nak topup balik tidur gua yang tak cukup haa. Mata pun dah jadi panda kau tau.

Moral of the story jangan buat kerja last minit lebih lagi kerja yang berkaitan macam ni haa. Jangan mempraktiskan kat universiti. Confirm terjun bangunan punya tak pun guling sana sini macam dalam cerita hindustan kahkah. Btw welcome August :) 4 days more for me hikhik. One month left. Boleh kot aku nak wish raya awal kat sini. Ah pedulikan~ K selamat hari raya maaf zahir batin kepada pengunjung blog ini. Ampun maaf dipinta. Nak duit raya sila datang rumah. Takde main pos laju kat sini. Sekian terima kasih. Next entry I'll update about my raya. Bye.

No comments: