Salam.
Aku tau mungkin berasa sedikit janggal bila berhadapan dgn laptop dan tangan2 mula rajin menaip. Entah berapa lama aku tak update cerita tentang hidup aku. Dan aku kembali. Bukan aku selalu rajin pun nak update. Cuti 8 bulan kat rumah aku makan tidur makan tidur 24jam. Tulah aku ni lifeless gila sampai satu tahap aku duduk tengok tv dari pagi sampai malam. Bukan takde kerja kat rumah ni tapi tulah kalau dah nama pun pemalas, memang pemalas lah. Umi aku pun membebel tak henti, anak dara jenis apa ni? Takut org nak datang meminang. Kalau jodoh tu ada adalah org nak datang meminang.
Umur pun dah 20 tahun. Perangai mcm haram annoying nak mampus. Kadang2 aku jeles kat org sekitar aku yg sebaya sebab dorang matang dari segi fizikal dan mental. Maybe otak aku ni sempit tak berkembang, perangai pun tak seberapa. Lagi berapa hari je aku bakal jejak kaki ke universiti. Dari awal lagi aku tak nak terlalu yakin yg aku akan dapat upu. Aku takut kalau over confident nanti tak dapat. Alhamdulillah aku dapat Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Pembangunan; Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Aku target UiTM tak dapat. Target kos kewangan/ekonomi pun tak dapat. Kecewa pun ada. Yelah rezeki orang lain2.
Nak kata aku ni pandai takde lah pandai. Nak kata aku ni bijak takde lah bijak mana. Bak kata org 50-50. Waktu pmr adalah rajin study sampai result pun kira boleh lepas lah. Masuk form 4 form 5 ambik kelas sains tulen. Belajar fizik, kimia, biologi dgn add math. Study pun jgn haraplah. Terus langsung tak boleh nak bawak. Dah fedup. Faktornya mungkin ikut kawan. Cintan pun antara satunya. Kata cinta kalu cinta mati lastnya hang yg jatuh. Bila mata dah buta hati pun buta kau buat kerja pun tak senang. Result pun mcm haram apa kos kau nak apply utk upu nanti? Semua subjek sains pun kau kantoi. Last2 utk backup apply KPTM kos perakaunan. Dapat tu mmg lah dapat tapi aku second intake punya. Pada masa yg sama aku dapat form 6 kat sekolah yg sama.
Hati gundah gulana.
Tak tau nak pilih yg mana satu.
Kalau nak buat sesuatu keputusan mmg susah.
So aku rujuk pada yg pakar, umiku.
"Masuklah form 6 dulu. Kptm tu kan intake bulan disember."
"Okay lah."
Mula2 mmg aku masuk form 6 sebab umi aku yg suruh. Kalau boleh umi aku nak grab peluang yg ada depan mata dulu. Kita tak tau apa yg kita mintak tu mungkin dapat mungkin tak dapat. Itu prinsip umi aku. Lagipun batch aku batch baru. Form 6 ikut sistem sem mcm kat universiti. So takde lah kau susah payah hempas otak nak hafal satu buku yg merangkumi 1 tahun setengah. Tak ke kau meroyan sorang2 dalam dewan peperiksaan nanti? Bila diri dah sesuai dgn form 6 aku dapat terima. Kptm tu aku tolak ke tepi dah. Drpd aku ambil masa lama sambung diploma 3 tahun baik aku grab form 6 yg cuma 1 tahun setengah. Apa salahnya aku nak cuba belajar form 6. Aku ada umi aku yg support aku dari belakang.
"Kau tak rasa lain ke bila mak kau sendiri yg mengajar kau?"
"Nak rasa apa. Rasa mcm tulah. Tak boleh nak terangkan."
Sebab umi aku sendiri cikgu sebab tu aku ambik kelas ekonomi. Belajar ekonomi. Nak tanya pape dalam kelas mmg tak lah. Malu2 kucing parsi mmg macam tu. Jawabnya kat rumah lah. Form 6 pun aku byk main. Kadang2 serius kadang2 tak serius. Selalunya bila dah masuk form 6, terjebaknya cintan cintun bagai. Dan aku salah sorang mangsanya. Kena bahan itu perkara biasa. Masuk form 6 kau kena struggle habis. Mmglah kau nampak mcm senang je sbb ikut sem. Hakikatnya susah. Kalau nak repeat paper bukan free. Zaman skrg ni takde benda yg free. 1 paper RM50 kau tau. And setiap sem aku repeat punya repeat. Nak meroyan pun ada sbb dah tak lalu nak sumbat ilmu kat celah mana lagi. Nak tak nak kena paksa jugak. 50 hinggit weh 1 paper tu.
Masa berlalu dgn cepat. Aku pun tak sedia nak hadapi dgn dunia luar, cabaran yg lagi mencabar and so on. Lagi2 jauh dgn keluarga dan mak bapak. Kau kena berdikari sendiri. Kau kena buat sendiri. Semuanya sendiri. Dan sebab itu aku tak sedia. Selama 20 tahun aku berdiri kat belakang parents aku. Gamaknya mmg homesick gila cadburyy lah aku lepas ni. Rumah dekat huntung tiap2 minggu boleh balik. La ni aku rumah jauh nak tunggu cuti sem baru balik. Takpelah berkorban apa saja. Satu je nak cakap. Kalau nak berjaya kau kena usaha. Kena tanam sifat belajar dalam diri. Orang yg jenis nak tak nak belajar ni mmg susah tapi bila kau dah set mind kau nak belajar betul2 insyaallah boleh. Tak semua org otak dia sama.
Agak2 karangan aku boleh dpt A+ tak cenggini?